Ahad, 21 April 2013

Qi Razali di Melaka Kitchen (jalan-jalan cari makan)

"Sakit, perih, menusuk hatiku
Saat kamu ucap kata itu

Ku hanya bisa meneteskan air mata
Jatuh rasanya langit ini"

Suki Low - terlalu mencintaimu

wahh!!sudah menjadi sasaran Jalan-jalan cari makan ye melaka kitchen. 

Bukan senang nak masuk Jalan-jalan cari makan (JJCM). Tapi kali ini , team JJCM sampai jugak ke Melaka Kitchen. Siap Bawak tetamu lagi tu... nak tahu siapa tetamu kali ni. kalau tgk cara tetamu ni makan, memang nampak sangat sedap....

Jom santai tonton Melaka Kitchen di Jalan-jalan cari makan!!!!!

Ahad, 31 Mac 2013

Seorang ISTERI di mata SUAMI


Sering kita dengar betapa besarnya seorang suami bagi seorang isteri. Ingkar pada suami jgn berangan nak cium bau syurga.

Bila ada pasangan yang berkeputusan untuk berkahwin, persiapkanlah diri masing-masing.Dari segi fizikal,jiwa dan juga emosi. Dan banyak lagi. Pendapat, cara hidup, hobi,makanan kegemaran. Dan macam2 lagi. Macam saya katakan tadi,keseluruhannya anda perlu bersedia.

Ada yang berkata, perkahwinan merupakan satu tiket untuk yg haram menjadi halal. Ada juga yg menyatakan untuk menyatukan yg dua menjadi satu. Kahwin juga untuk hidup bersama yang kita sayang dan kita cinta setiap masa. Kalau tak bagi kahwin sanggup lari pegi Golok untuk dpt lesen. Bak kata orang, *i cannot live without u lah..*.Tapi bagaimana pula perkahwinan tanpa rasa cinta?? Arranged marriage ataupun bouncing marriage?? *bouncing marriage is kawen sbb frust dgn org lain,end up terima org lain sbb org tu lagi syok kat kita*..


" Saat si SUAMI selesai melafazkan akad dengan sempurna, saat si ISTERI mengucup tangan SUAMI, maka berpindahlah keseluruhan hidup si ISTERI itu pada SUAMInya"






Maka wajiblah si ISTERI menerima fitrah yang telah ditetapkan dalam hidupnya.



  1. Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.
  2. Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.



Kehidupan berumah tangga bukannya satu perkara yang mudah. Nampak macam mudah, namun hanya orang yang telah bergelar isteri lebih faham maksud saya. Tanggungjawab kita untuk membahagiakan seorang insan bergelar suami.Berada di belakang suami walau apa jua keadaan. Sentiasa menggembirakannya, menjaga makan pakainya,manjakannya dan belainya. Jangan sesekali mengutuknya,mencacinya atau seangkatan dengannya.Kerana seburuk manapun dia,dia tetap SUAMI kita.

Dibawah ada beberapa tips untuk para isteri dan juga bakal isteri untuk menjadi isteri dambaan suami..:)

1. Isteri yang cerdik

Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!

2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga

Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Manager dalam segala hal

Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami

Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak

Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri

Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej

Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua

Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.






Jika anda yang membaca entri kali ini sudah bergelar isteri, lepas ni peluklah suami anda. Kucuplah di sebagaimana dia telah menjaga anda dengan sebaiknya.


Jika anda bakal bergelar isteri,maka persiapkanlah diri anda untuk menjadi yang sempurna di mata bakal suami anda..:)..





Sabtu, 23 Februari 2013

ESOK!! MAKAN FREE..JOM RASA ASAM PEDAS PALING SEDAP!!!!


Pihak pengurusan Restoran Melaka Kitchen menjemput pembaca mempunyai masa terluang untuk datang sekaligus memeriahkan program  'Makan FREE' di premis beralamat di :

32G, Jalan Medan, PB 3A, Seksyen 9, Bandar Baru, Bangi,  Selangor ( di belakang Kompleks PKNS Bangi)

Tel       :   019 381 6422

Tarikh    :   24 Februari 2013 (Ahad)
Masan    :   12 tengahari-3.30 petang.

Pelbagai hidangan disediakan.

Antara juadah akan disajikan,  asam pedas ikan, asam pedas daging tetel, mi kari nyonya, ikan masin, sayur, ulam, minuman sejuk dan panas.








Pengunjung wanita juga berpeluang untuk membeli-belah. Baju dengan harga DISKAUN  mencecah 80%  ditawarkan di lokasi sama.

Peminat blog Penyingkap Fakta boleh bertemu dengan kru di Restoran Melaka Kitchen. Gambar aneh paranormal dan peralatan elektronik digunakan dalam tinjauan bakal dipamerakan secara eksklusif.

Klik di sini untuk membaca kisah Melaka Kitchen.

Ahad, 27 Januari 2013

Proton, Perodua, Honda masih lagi tidak layak berada disitu berbanding BMW.


Alam Avenue merupakan kawasan baru yang baru membangun, sepatutnya parking kereta bertingkat itu sudah pun dibuka kepada umum. berikutan kawasan tersebut semakin padat hari demi hari.


"kenapa parking kereta betingkat itu masih tutup? tanya saya kepada tokey kedai minum dikawasan itu.

"ala bang....itu parking diorang sewakan dekat BMW. hari-hari ada BMW keluar masuk. itu hari saya naik atas sama itu security guard, ada 14 biji ferrari..." ujar pekerja kedai minum berdekatan disitu.


Mungkin parking kereta itu hanya untuk kereta mewah-mewah sahaja, kereta seperti kami proton, perodua, honda mungkin tidak layak untuk parking di situ.


Parking tersebut kini masih dibawah sewaan, kalau dilihat kereta keluar masuk, mungkin dibawah sewaan BMW. berapa lama sewaannya, itu tidak pasti.

Jika anda datang ke Alam Avenue  untuk makan tengahari, mungkin payah untuk anda mendapatkan parking kerana disitu kini sudah menjadi medan utama tempat untuk berurus niaga.

Isnin, 31 Disember 2012

Umno terlingkup dek pakatan rakyat.....


Tidak salah jika pemerintahan di malaysia ini di taju oleh pakatan rakyat. kerana pakatan rakyat lah membuatkan Umno sedar dari tengah bermimpi ketika ini.

1 untuk umno.....
Umno sering mempertikaikan kepimpinan pakatan rakyat di Selangor, walhal baru sepenggal memerintah negeri selangor berbanding umno yang sudah berpenggal-penggal memerintah.  mustahil bagi mereka untuk melaksanakan kesemua manifestor yang dijanjikannya. kenapa? kerana mereka ketika ini bersusah payah menyelesaikan masalah yang tinggalkan umno.

2 untuk pakatan rakyat? ada betoii...
Jika kita ingat sewaktu pemerintahan mereka diselangor mahupun kerajaan malaysia, cuba kita difikirkan apa yang telah mereka berikan kepada rakyat? mungkin banyak telah mereka sumbangkan tetapi banyak hanya untuk masuk poket mereka sendiri. Itu sudah menjadi lumrah kehidupan mereka. kepada rakyat?? jauh sekali, mereka terlupa yang membayar gaji mereka adalah rakyat.

jika dibandingkan perkara dulu kala, memang ramai yang terkontang-kanting untuk memihak kepada siapa? tetapi kini ramai yang telah terpelajar dan berfikiran waras untuk memilih siapa yang layak untuk memerintah negara.

Bakal Perdana Menteri malaysia, walaupun dulu terlingkup dan dilingkupkan oleh mahathir.
Jika tiada pembangkang (Pakatan Rakyat) maka rakyat tidak akan dapat merasa kenikmatan pemerintahan umno hari ini.

Sebelum ini, Kerajaan malaysia susah mahu berikan bantuan kepada rakyat, tapi kalau kita lihat sekarang, tabur...tabur...dan tabur.....

BRIM, TRIMA, PRIMA dan pelbagai lagi cokelat manis yang cuba ditaburkan kepada rakyat, bertujuan untuk menarik undi kepada BN dimalaysia, kerana mereka sudah tahu rakyat kini berpaling kepada Pakatan Rakyat. Najib dan pimpinan umno yang lain sudah mula gelisah akan kedudukan mereka ketika ini yang nampak semakin goyah. rasa gentarnya kepada pencabarnya anwar ibrahim semakin menjadi-jadi.

kegagahan mereka di malaysia....
walaupun slogan satu malaysia nampak gagah dimata rakyat, tapi hati rakyat tidak segagah 1 malaysia untuk umno. usah pergunakan hati rakyat dengan jalan senget. biarkan lah rakyat yang membuat keputusan, tidak usahlah nak tabur-tabur duit lagi. hutang negara pun sudah meningkat berganda-ganda.

oh tidak.... aku semakin rungsing...
Nampaknya Najib dijangkakan akan mengundurkan diri dari putrajaya selepas pilhanraya umum ke13 nanti, kalau ikut peratusan, pakatan mendahulu 75% berbanding umno yang hanya sekadar memihak 25%. tetapi untuk menjaga hati kesetiaan umno, najib cuba tutupkan keresahan itu dihadapan parti BN dan tugas perdana menteri diserahkan kepada rosmah mansor yang merupakan isteri kepada najib.

penah isteri perdana menteri sebelum ini jadi macam aku...tak kan....
kita tunggu sampai najib umumkan tarikh pilihanraya. disitu lah baru kita nampak siapa pegang keris dengan betul.

Khamis, 6 Disember 2012

FARID KAMIL PERLEKEH ISTIADAT KETENTERAAN


Selamat Pengantin Baru Farid Kamil.

Semoga gerbang perkahwinan sampai ke akhir hayat. Insyaallah.

Apa yang aku akan tulis ni, nak bagi sikit persoalan untuk Farid Kamil supaya menjadi iktibar kepada orang lain supaya tidak memperlekehkan pakaian istiadat badan beruniform yang menjadi salah satu pride badan terbabit.

Apatah lagi, antara pembaca blog ini terdiri dari sahabat sahabat di PDRM dan juga pegawai pegawai tentera di Pulada, Kota Tinggi. Ya, mereka sempat tegur aku Ramadan lalu. Harap puan puan sekelian sihat seadanya. Nanti jemput saya lagi ya untuk makan-makan. 




Maklumat dalam foto:

1. Sword bearer adalah dari Polis Diraja Malaysia.
Apakah kelayakan Farid Kamil untuk mendapat sword bearer. Mengikut tatacara PDRM, hanya Inspektor ke atas sahaja layak untuk melalui sword barrel ni. 

2. Pakaian Farid Kamil.

Sebelum aku tulis lebih lanjut mengenai pakaian Farid Kamil yang memperlekehkan angkatan tentera kita, kita baca dulu ayat berikut:

"Ini adalah dokumen mengenai Uniform Angkatan Tentera Malaysia sebagaimana yang diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke 390 pada 19 September 2000. Mana-mana orang selain daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia yang memakai apa-apa uniform sebagaimana yang diperihalkan dalam dokumen ini adalah melakukan kesalahan di bawah seksyen 140 dan 170 kanun keseksaan (Akta 574)." 







Mungkin aku ketinggalan, tetapi sejak bila Farid Kamil menyertai Angkatan Tentera? Tak pulak aku baca di mana-mana. Cuba jugak mencari tapi tak jumpa. Mungkin dia bertugas sebagai perisik ala ala James Bond? 

Mungkin.

Apapun, Seksyen 140 Kanun Keseksaan disebut sebagaimana berikut:

Memakai Pakaian Askar, Kelasi atau Penerbangan. Barang siapa, yang bukannya seorang askar, kelasi atau penerbang dalam perkhidmatan tentera darat, laut atau udara Yang di-Pertuan Agong, memakai apa-apa pakaian atau membawa apa-apa tanda yang menyerupai apa-apa pakaian
atau tanda yang digunakan oleh seseorang askar, kelasi atau penerbang itu dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa ia adalah seorang askar, kelasi atau penerbang itu, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau denda yang boleh sampai seribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.

Mungkin Farid Kamil tidak berniat begitu. Mungkin ada penulis yang tak begitu berilmu menulis seperti berikut memperlihatkan kebodohan, betapa tak berilmunya tapi mahu menulis sekaligus, aku melihat ia tak lain dari melacurkan dunia penulisan:

"Nampaknya uniform PDRM yang dipakai oleh Farid Kamil ketika majlis resepsinya menjadi isu hangat di kalangan pembaca BeautifulNara. Bagi Abang Nara biarlah dia nak pakai apa-apa jenis uniform pun. Majlis kahwin dia, duit dia, suka hati dialah nak buat macam mana." Petikan dari Beautifulnara.com

Komen aku: Sampah. Belajarlah dulu sebelum menulis. Jangan memandai buat peraturan sendiri.

Baju yang dipakai oleh Farid Kamil bukan PDRM.Ia menyerupai pakaian No 1 Angkatan Tentera Malaysia dan seluar pula messkit (pakaian No 6) tentera.

Baca warta berikut:

2. AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKTA 336)
Seksyen 16. Memiliki Secara Haram Barang-Barang Kepunyaan Askar, Tentera Laut, Tentera Udara atau Polis. Sesiapa pun yang dengan sengaja mendapatkan, membeli, menukarkan atau menerima dari sesiapa pun yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia atau pasukan pertahanan tempatan atau angkatan tentera pelawat atau mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia atau Polis Singapura sebarang kegunaan, pakaian atau lain-lain barang atau peralatan askar, tentera laut, tentera udara atau polis atau sebarang harta benda kepunyaan Kerajaan Malaysia atau Singapura atau Kerajaan Negeri atau Kerajaan Angkatan tentera pelawat, atau sebarang bintang-bintang kurniaan untuk jasa baik atau untuk perkhidmatan terpuji atau lain-lain atau sesiapa memiliki atau menyimpan sebarang kegunaan tersebut, pakaian atau lain-lain
barang, kegunaan atau kepunyaan lain atau bintang-bintang kurniaan seperti di atas dan tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan bagaimana dia mendapatkannya boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima puluh ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam minggu atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 25. Memakai Pakaian Seragam Yang Tidak Dibenarkan. Sesiapa jua pun yang memakai tanpa kebenaran yang sewajarnya pakaian seragam yang ditetapkan bagi kegunaan mana-mana angkatan bersenjata Malaysia atau mana mana angkatan tentera tempatan atau angkatan tentera pelawat atau pasukan polis Malaysia atau Singapura atau mana-mana Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan atau apaapa pakaian yang merupai atau mengandungi apa-apa lencana
pasukan atau lain-lain lencana yang jelas bagi pakaian seragam itu atau apa apa tiruan warna terhadapnya jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit, dan apa-apa pakaian seragam, pakaian, lencana atau tanda tersebut boleh dilucut hak.

Faham? Sebab itu tak bolehlah suka-suka untuk mengenakan pakaian yang kita tak layak. 


3. Peak cap (topi) yang dipakai Farid Kamil mempunyai satu badge yang dipakai oleh pegawai wanita Tentera Laut Diraja Malaysia.  (terima kasih @mmuurrllyy )




4. Manakala foto di atas ialah wing medium atau dikenali sebagai Aviator Badge. Ia juga dikenali sebagai Pilot's Badge atau Pilot Wings. Ia satu insignia digunakan sebagai pengiktirafan kepada anggota tentera yang sudah menerima latihan dan KELAYAKAN dalam military aviation.

Begitu juga untuk juruterbang pesawat komersil, mereka juga ditauliahkan wing badge.

Edited [06/12]
4. Sayap yang dipakai Farid adalah khusus untuk paratroopers, insignia bagi penerjunan udara (payung terjun). Lazimnya memerlukan latihan dan disiplin ketat bagi menyertai 'airbone operations.' Lihat di sini.
Info dari YB @KhairyKJ terima kasih YB. 

@KhairyKJ: @speedrider @hazrey Informatif. Cuma sayap tu bukan sayap aviator/pilot sepertimana dlm blog. Sayap tu sayap paratrooper (payung terjun).

Dan petang tadi aku sempat berborak dengan pegawai di Kementerian Pertahanan dan khabarnya penggunaan uniform ini sudah dimaklumkan kepada pegawai atasan dan dijangka satu kenyataan akan dikeluarkan.

Sebagai tambahan, kita semua tahu Datuk Lee Chong Wei ditauliah Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia dan ketika melangsungkan perkahwinan beliau, turut memohon untuk upacara sword barrel tetapi ditolak.

Kita lihat perkara seumpama ini tidak boleh dipandang remeh kerana lambat laun, 'pride' angkatan tentera mudah diperlekeh disebabkan kita tidak mahu bertanya dan sekadar mahu syok sendiri.

Jika anda mempunyai maklumat tambahan tentang uniform ini, sila tulis di ruang komen.

Dan oh, jika justifikasi Farid kerana give and take serta sijil penghargaan dari Ketua Polis Negara, saya harus katakan, saya malu. Saya sangat malu dan pastinya rakan rakan di PDRM dan ATM bertambah tambah malu dan hilang 'pride'.

Sumber: http://www.hazrey.com/

Cemburu + Psikologi


KATA orang, cemburu itu tandanya sayang. Namun, sedar atau tidak, perasaan cemburu itu ada kalanya boleh menjadi musuh yang membawa kepada kehancuran sesebuah rumah tangga.

Dari sudut psikologi, cemburu adalah perasaan sakit hati, marah, tidak percaya, dan kurang yakin seseorang terhadap pasangan yang dicintai. Selalunya, perasaan ini timbul lantaran sikap suami atau isteri yang gemar membayangkan pasangannya mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang di luar pengetahuannya.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Suradi Salim, berkata masalah cemburu di kalangan suami isteri sebenarnya berkait rapat dengan tindakan seseorang dari sudut dalaman dan luaran.

Penilaian dari kedua-dua sudut itu akan menentukan sama ada seseorang yang berperasaan cemburu itu mengalami masalah psikologi atau tidak.

cemburu

“Jika masalah itu berpunca daripada aspek dalaman, psikologi seseorang itu mungkin terganggu dan sering kali menimbulkan perasaan bimbang, resah, gelisah dan syak wasangka terhadap pasangan. Sebaliknya, jika pasangan mempamerkan tindakan negatif antaranya mengecam dan memberontak, mereka dikatakan menunjukkan sifat cemburu itu dari aspek luaran.

“Dari situ kita boleh nilai sama ada cemburu yang ada itu mendatangkan masalah atau tidak. Faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah ini tidak banyak kaitannya dengan keegoan suami. Sebaliknya, kurangnya keyakinan, dan kepercayaan kepada pasangan menyumbang kepada masalah ini. Ini lebih berkaitan dengan psikologi seorang itu,” katanya.

Beliau berkata, kurang persefahaman dan interaksi kedua-dua belah pihak membuatkan masalah itu semakin meruncing. Kesan positif dan negatif boleh timbul daripada sifat cemburu ini.

Positif jika perasaan berkenaan dapat menghalang seseorang itu daripada berlaku curang terhadap pasangannya. Namun, kesan negatif daripada sifat itu tidak boleh dipandang enteng.

Perasaan cemburu yang tidak terkawal sering kali membawa kepada perlakuan di luar batas kemanusiaan antaranya bertindak memukul, mendera dan membunuh isteri jika hilang pertimbangan.

Dalam hubungan ini, Prof Suradi berkata, apabila seseorang itu sudah berkahwin perlu menanamkan sifat kesetiaan kepada pasangannya. Keyakinan, perhatian dan kasih sayang yang dicurahkan serba sedikit mengurangkan perasaan cemburu suami.

Tingkah laku sebagai isteri atau suami dan batas pergaulan dengan bukan mahram perlu dijaga dan diawasi setiap masa.

“Ikatan perkahwinan perlu ada sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Oleh itu, sebelum seseorang berkahwin, terlebih dulu kita digalakkan mengenali pasangan yang bakal dikahwini. Ini serba sedikit membantu wanita supaya tidak mengalami pelbagai masalah selepas berkahwin kelak.

“Jika bakal suami anda menunjukkan sikap cemburu keterlaluan, elok wanita itu berfikir panjang jika ingin membina hubungan yang lebih serius kerana bimbang banyak perkara buruk boleh berlaku selepas mereka berkahwin.

“Suami juga tidak boleh ambil sikap lepas tangan dan hanya menyalahkan wanita semata-mata. Mereka seharusnya bertindak menyiasat dulu perkara yang menjadi punca kepada perasaan cemburu itu.

“Sewajarnya, suami tidak boleh bertindak melulu tanpa sebarang bukti kerana ini akan memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang terhadap hubungan perkahwinan,” katanya.

Beliau berkata, dari aspek psikologi psikologi seseorang yang bersikap sebegitu biasanya kurang yakin kepada diri sendiri dan sering kali berprasangka buruk serta was-was kepada pasangannya.

Selain itu, seseorang yang mempunyai pengalaman masa lampau yang buruk akan sentiasa menganggap pasangannya tidak boleh dipercayai. Faktor keistimewaan yang dimiliki isteri antaranya berpendidikan tinggi dan mempunyai daya tarikan fizikal menarik juga menjadi punca kepada masalah ini.

“Dalam Islam, suami perlu ada sifat cemburu dan sentiasa was-was kepada isteri. Begitu juga isteri. Namun, ia perlu berada pada keadaan terkawal dan tidak memudaratkan diri sendiri serta hubungan suami isteri.

“Kedua-dua pihak harus menjaga hubungan dengan sebaiknya untuk mengelak masalah cemburu ini,” katanya.

Panduan elak pasangan cemburu

1. Memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian supaya suami tidak syak wasangka.
2. Mewujudkan komunikasi dua hala yang berkesan antara kedua belah pihak.
3. Jika hubungan jarak jauh, sering kali berhubung menggunakan telefon, sistem pesanan ringkas (sms), atau e-mel untuk mengeratkan kasih sayang
4. Bercerita apa saja yang berlaku sama ada di tempat kerja atau dengan rakan.
5. Elak melakukan perkara yang membawa kepada cemburu pasangan.
6. Kenalkan rakan pejabat dan kenalan rapat anda kepada pasangan.
Wallahu’alam.

Antara terbaik disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...